Ini merupakan rakaman video nasyid SMK Agama Sibu semasa Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri Sarawak 2012 di Betong, Sarawak. |
30 April 2012 : Murid SMK Agama Sibu yang berminat dipelawa untuk menghadiri Temuduga Terbuka Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan yang akan diadakan di Bilik Permuafakatan SMK Agama Sibu pada 1 Mei 2012 (Selasa) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.
|
|
maklumat lanjut temuduga...klik sini
|
.JPG)
24 April 2012 : Perlancaran Perancangan Strategik Gerakan Menjulangi Sarawak (GeMS) Peringkat SMK Agama Sibu telah disempurnakan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu bertempat di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu.
|
|
berita penuh...klik sini
|
16 April 2012 : Barisan Pentadbir SMK Agama Sibu telah menghadiri Kursus TOV ETR bersama Ustaz Arip bin Sa'aya, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang telah diadakan di Bilik Permuafakatan SMK Agama Sibu.
|
|
berita penuh...klik sini
|
14 April 2012 : Hari Permuafakatan 1 telah dimulakan dengan Seminar Keibubapaan yang telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Seminar keibubapaan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim bin Hailee, Pegawai Takmir, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak.
|
|
berita penuh...klik sini
|
10 April 2012 : Perasmian Program Nilam Peringkat Sekolah telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Majlis dimulakan dengan taklimat oleh setiausaha Program Nilam iaitu Pn Norazlina bt Che Aziz. Manakala upacara perasmian pula telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Siti Mariam binti Abdul Rahman.
|
|
berita penuh...klik sini
|
10 April 2012 : Penyammpaian hadiah Pertandingan Kebersihan Kelas bagi bulan mac telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Pengumuman keputusan pertandingan telah dibacakan oleh En Koh Fong Tian.
|
|
berita penuh...klik sini
|
9 April 2012 : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Sibu telah menganjurkan Pertandingan ePPDa Peringkat Sekolah untuk memilih wakil sekolah ke Pertandingan ePPDa Peringkat Daerah. Pertandingan ini telah diadakan di Bilik APD SMK Agama Sibu.
|
|
berita penuh...klik sini
|
5 April 2012 : Mesyuarat Cabutan Lorong Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada jam 2.30 ptg bertempat di Bilik Permuafakatan, SMK Agama Sibu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengurus pasukan daripada seluruh bahagian di negeri Sarawak.
|
|
berita penuh...klik sini
|
3 April 2012 : Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Bahagian Sibu bagi tahun 2012 telah berlangsung selama 2 hari bermula 2 april 2012 hingga 3 april 2012 bertempat di SK Agama Sibu.
|
|
berita penuh...klik sini
|
2 Mac 2012 : Perlawanan persahabatan bola sepak antara SMK Agama Sibu menentang SMK Bukit Lima Sibu telah diadakan bertempat di padang bola sepak SMK Agama Sibu. Perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan antara dua buah sekolah ini.
|
|
berita penuh...klik sini
|
2 Mac 2012 : Bidang Bahasa SMK Agama Sibu telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Pengurusan Stres bertempat di Bilik APD, SMK Agama Sibu. LDP pada kali ini telah dihadiri oleh 11 orang guru bidang bahasa dan teknikal. Penceramah bagi LDP pada kali ini ialah Pn Aziah binti Abdul Aziz, Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Agama Sibu.
|
|
berita penuh...klik sini
|
1 Mac 2012 : Program Imarah Masjid telah diadakan di Masjid Al-Huda SMK Agama Sibu bermula jam 6.30 ptg hingga jam 9.30 mlm. Aktiviti dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah Yaasin.
|
|
berita penuh...klik sini
|
22 Februari 2012 : Pengetua-pengetua SMKA seluruh negeri Sarawak telah berkampung di SMK Agama Sibu dalam Mesyuarat Pengurusan SMKA yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Arip bin Sa'aya, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
|
|
berita penuh...klik sini
|
2 Februari 2012 : Bidang Matematik & Sains SMK Agama Sibu telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Bengkel Pendedahan Kemahiran Asas Makmal bertempat di Makmal Sains SMK Agama Sibu. Seramai 17 orang guru matematik, sains dan teknologi telah mengikuti bengkel ini yang diadakan bermula jam 2.30 ptg hingga jam 5.30 ptg. Penceramah dalam LDP ini ialah Pn Teng Hie Ping, Ketua Bidang Matematik dan Sains SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
1 Februari 2012 : Perjumpaan rumah sukan kali pertama telah diadakan untuk semua rumah sukan SMK Agama Sibu. Terdapat empat buah rumah sukan di SMK Agama Sibu iaitu Rumah Saidina Ali, Rumah Saidina Abu Bakar, Rumah Saidina Omar dan Rumah Saidina Uthman telah mengadakan perjumpaan rumah sukan masing-masing. |
|
berita penuh...klik sini
|
30 Januari 2012 : Majlis Penyampaian Bantuan Baucar 1 Malaysia (BB1M) Tingkatan 6 SMK Agama Sibu telah disampaikan oleh YB Dr Annuar Rapaiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N49 Nangka bertempat di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
16 Januari 2012 : Aktiviti prep malam pada hari ini bermula selepas solat isyak berjemaah untuk semua murid asrama SMK Agama Sibu. Semua murid diwajibkan hadir ke prep malam. |
|
berita penuh...klik sini
|
13 Januari 2012 : Majlis Penutupan Program Orientasi Tingkatan 1 telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah SMK Agama Sibu bermula jam 2.30 ptg. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
13 Januari 2012 : Murid-murid tingkatan 4B telah mengadakan sambutan Hari Jadi Cikgu Noorul Atiqah (guru tingkatan 4B). Sambutan Jamuan Hari Jadi ini telah diadakan secara kejutan tanpa pengetahuan Cikgu Noorul sendiri. |
|
berita penuh...klik sini
|
13 Januari 2012 : Mesyuarat Pihak Pentadbiran SMK Agama Sibu bersama Syarikat Pembersihan Sekolah telah diadakan bertempat di Bilik Permuafakatan SMK Agama Sibu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pekerja syarikat pembersihan sekolah dan seluruh barisan pentadbiran SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
12 Januari 2012 : Aktiviti prep malam pada hari ini bermula selepas solat isyak berjemaah untuk semua murid asrama SMK Agama Sibu. Semua murid diwajibkan hadir ke prep malam. |
|
berita penuh...klik sini
|
12 Januari 2012 : Kuliah Maghrib pada malam ini telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Suhaimi bin Muhamad. Antara isi kandungan kuliah maghrib beliau adalah mengenai ketaatan kepada Allah SWT dalam kehidupan seharian. |
|
berita penuh...klik sini
|
12 Januari 2012 : Mesyuarat Bidang Teknik dan Vokasional Bil 1/2012 telah diadakan bertempat di Bilik Permuafakatan SMK Agama Sibu dengan dipengerusikan oleh Cikgu Hjh Saadiah Mohd Ali. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah mengenai Program Peningkatan Akademik Murid 2012. |
|
berita penuh...klik sini
|
12 Januari 2012 : Murid-murid tingkatan 4 kelihatan lebih bersemangat dan fokus terhadap pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan di dalam kelas. |
|
berita penuh...klik sini
|
11 Januari 2012 : Aktiviti prep malam pada hari ini bermula selepas solat isyak berjemaah untuk semua murid asrama SMK Agama Sibu. Semua murid diwajibkan hadir ke prep malam. |
|
berita penuh...klik sini
|
11 Januari 2012 : Hari ini merupakan hari ketiga Program Orientasi Tingkatan 1 SMK Agama Sibu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Murid khas untuk murid-murid tingkatan 1. |
|
berita penuh...klik sini
|
11 Januari 2012 : Kuliah Maghrib pada malam ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Ismail. Antara isi kandungan kuliah beliau adalah mengenai kepentingan menuntut ilmu. Beliau menyatakan bahawa setiap individu muslim wajib menuntut ilmu sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. |
|
berita penuh...klik sini
|
11 Januari 2012 : Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS), SMK Agama Sibu telah mengadakan Program Literasi Maklumat Tingkatan 1 sebagai salah satu pengisian dalam Program Orientasi Tingkatan 1 2012. Penceramah dalam program ini ialah En Chong Kah Jin, Guru APD SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
11 Januari 2012 : Unit Hal Ehwal Murid SMK Agama Sibu telah melaksanakan pemeriksaan rambut dan kuku bagi memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Pemeriksaan rambut telah dilakukan oleh Ustaz Fathulah Hamka bin Jamel, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Sekolah manakala pemeriksaan kuku pula telah dilaksanakan oleh Ustaz Wan Ahmad Faisal, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
10 Januari 2012 : Aktiviti prep malam pada hari ini bermula seperti biasa untuk semua murid asrama SMK Agama Sibu iaitu selepas solat isyak. "Prep malam" bermaksud belajar sendiri di kelas. Sudah menjadi tradisi turun-temurun SMK Agama Sibu iaitu pada setiap malam selepas solat isyak, semua murid diwajibkan untuk hadir ke prep malam. Murid lelaki dan murid perempuan dipecahkan dalam kelas yang berasingan. |
|
berita penuh...klik sini
|
10 Januari 2012 : Hari ini merupakan hari kedua Program Orientasi Tingkatan 1 SMK Agama Sibu. Pelbagai aktiviti diadakan untuk murid-murid tingkatan 1 menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. |
|
berita penuh...klik sini
|
10 Januari 2012 : Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2012 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Agama Sibu bermula jam 2.30 ptg hingga 4.20 ptg. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
9 Januari 2012 : Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Agama Sibu telah mengadakan Program Orientasi Tingkatan 1 yang bermula pada hari ini. Majlis Perwakilan Murid turut membantu dalam melaksanakan Program Orientasi Tingkatan 1 ini. |
|
berita penuh...klik sini
|
8 Januari 2012 : Pengemaskinian Maklumat Murid 2012 telah diadakan secara berperingkat-peringkat oleh Jawatankuasa Maklumat dan Perkomputeran Sekolah yang telah diketuai oleh En Yaakub bin Ismail, Guru Data SMK Agama Sibu. Sesi Pengemaskinian Maklumat Murid 2012 ini turut dibantu oleh Majlis Perwakilan Murid. |
|
berita penuh...klik sini
|
6 Januari 2012 : Murid-murid lukisan kejuruteraan tingkatan 5 kelihatan lebih bersemangat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Suasana kelas peperiksaan dapat dirasai memandangkan semua murid datang ke sekolah dengan azam yang baru pada tahun ini. |
|
berita penuh...klik sini
|
6 Januari 2012 : Kolokium tingkatan 6 atas telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Agama Sibu. Penceramah kolokium pada pagi ini ialah En Chong Kah Jin. |
|
berita penuh...klik sini
|
6 Januari 2012 : Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK), SMK Agama Sibu telah mengadakan Taklimat Pemilihan Aliran Tingkatan 4 untuk memberi pendedahan mengenai minat, kemampuan dan peluang kerjaya yang dapat diceburi jika memilih sesuatu aliran. Taklimat Pemilihan Aliran Tingkatan 4 ini telah diadakan di Masjid Al-Huda, SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
6 Januari 2012 : Aktiviti bacaan Maathurat dan Surah Yaasin Pagi Jumaat telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah SMK Agama Sibu. Bacaan Maathurat dan Surah Yaasin pada pagi ini diketuai oleh adik Nuramali bin Gelabang, murid tingkatan 3 dengan pemantauan barisan pentadbir sekolah. Sudah menjadi tradisi SMK Agama Sibu pada setiap hari jumaat, 30 minit yang pertama diperuntukkan untuk aktiviti bacaan Maathurat dan Surah Yaasin. |
|
berita penuh...klik sini
|
4 Januari 2012 : Dewan Al-Raiyan kembali meriah dengan kehadiran murid-murid yang datang untuk menjamu selera. Hari ini merupakan hari kedua murid-murid hadir untuk makan petang di Dewan Al-Raiyan, SMK Agama Sibu bagi sesi persekolahan 2012. |
|
berita penuh...klik sini
|
4 Januari 2012 : Perjumpaan Pertama Majlis Perwakilan Murid 2012 telah diadakan bertempat di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu sebaik sahaja selesai Perhimpunan Pagi Hari Pertama Persekolahan 2012. Dalam perhimpunan yang diadakan ini, guru Majlis Perwakilan Murid telah mengingatkan ahli Majlis Perwakilan Murid agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. |
|
berita penuh...klik sini
|
4 Januari 2012 : Perhimpunan Pagi Hari Pertama Persekolahan telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu sebaik sahaja selesai aktiviti bacaan surah Yaasin dan Maathurat Hari Pertama Persekolahan. Seluruh warga sekolah telah diajak memperbaiki niat masing-masing sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. |
|
berita penuh...klik sini
|
4 Januari 2012 ; Hari Pertama Persekolahan 2012 dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan Maathurat. Semua murid dan guru beragama Islam diwajibkan membaca surah Yaasin dan Maathurat sebagai aktiviti pertama awal persekolahan 2012. Aktiviti bacaan surah Yaasin dan Maathurat ini telah diadakan di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Maathurat merupakan himpunan doa-doa amalan Rasulullah SAW. |
|
berita penuh...klik sini
|
3 Januari 2012 : Hari Pendaftaran Murid 2012 bermula pada jam 9 pagi dengan taklimat pendaftaran di dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Selepas itu, pendafataran diadakan pada jam 10 pagi hingga jam 4 ptg di kelas-kelas masing-masing. |
|
berita penuh...klik sini
|
2 Januari 2012 : Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan aktiviti azan di bilik-bilik yang telah lama ditinggalkan semasa cuti sekolah. Majlis Perwakilan Murid telah diberikan tanggungjawab untuk mengazankan bilik-bilik tersebut. Aktiviti ini diadakan sebaik sahaja selesai majlis bacaan yaasin di Masjid Al-Huda selepas solat maghrib berjemaah dengan pemantauan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. |
|
berita penuh...klik sini
|
2 Januari 2012 : Majlis Bacaan Surah Yaasin Awal Persekolahan 2012 telah diadakan di Masjid Al-Huda, SMK Agama Sibu selepas solat maghrib berjemaah oleh ahli Majlis Perwakilan Murid dengan diketuai oleh Irfan Izzuddin. |
|
berita penuh...klik sini
|
2 Januari 2012 : Kesibukan Koperasi SMK Agama Sibu Bhd bagi menghadapi hari pendaftaran murid 2012 berlanjutan hingga ke hari ini. Ahli lembaga koperasi yang terdiri daripada En Koh Fong Tian (Bendahari), Pn Hjh Noorhuzaimah bt Hj Tamit (Setiausaha), Cik Audrey Tiong Kuo Yii, En Yaakub bin Ismail, Pn Asiah binti Adnan, ALK Murid dan jurujual koperasi datang seawal jam 7.30 pagi untuk menyediakan barang keperluan murid dan membungkus buku tulis murid bagi penjualan pada hari pendaftaran. |
|
berita penuh...klik sini
|
2 Januari 2012 : Piihak Pengurusan SMK Agama Sibu dengan dibantu oleh Jawatankuasa Majlis Perwakilan Murid telah membuat persediaan lokasi pendaftaran dan kelas bagi menghadapi hari pendaftaran murid 2012 esok. Pihak pengurusan yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah turun padang dengan dibantu oleh Jawatankuasa Majlis Perwakilan Murid untuk membuat persediaan. |
|
berita penuh...klik sini
|
1 Januari 2012 : Koperasi SMK Agama Sibu Bhd telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi hari pendaftaran murid yang bakal berlangsung pada 3 januari 2012. Ahli lembaga koperasi yang terdiri daripada En Koh Fong Tian (Bendahari), Pn Hjh Noorhuzaimah bt Hj Tamit (Setiausaha), Cik Audrey Tiong Kuo Yii, En Yaakub bin Ismail, Pn Asiah binti Adnan, ALK Murid dan jurujual koperasi datang seawal jam 7 pagi untuk menyediakan barang keperluan sekolah serta membungkus buku dan alat tulis murid. |
|
berita penuh...klik sini
|
Dapatkan panduan umum pakaian murid lelaki dan perempuan SMK Agama Sibu bagi tahun 2012 dengan mengklik pautan berikut. |
|
panduan lengkap...klik sini
|
30 Disember 2011 : Mesyuarat Guru Bil. 1/2012 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SMK Agama Sibu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu. |
|
berita penuh...klik sini
|
29 Disember 2011 : Kini, warga SMK Agama Sibu boleh menyemak jadual waktu kelas 2012, jadual waktu persendirian guru 2012, jadual waktu induk 2012 dan jadual penggunaan makmal 2012 secara online. Klik menu 'Akademik' dan pilih submenu 'JADUAL WAKTU 2012 ONLINE' untuk melihat paparan jadual waktu. |
|
maklumat selanjutnya...klik sini
|
29 Disember 2011 : Guru-guru SMK Agama Sibu yang belum mengisi / menyiapkan Sistem Latihan Pengurusan Guru - Modul Individu (E-SPLG) dikehendaki mengisi / menyiapkan Sistem Latihan Pengurusan Guru - Modul Individu (E-SPLG) dengan segera. Tempoh pengisian dilanjutkan sehingga 31 disember 2011. Maklumat yang diisi adalah maklumat LDP / Kursus / Seminar / Bengkel yang telah dihadiri secara individu sepanjang tahun 2011. Latihan yang dianjurkan secara berkelompok oleh pihak sekolah tidak perlu diisi kerana ia akan diisi oleh setiausaha LDP peringkat sekolah. |
|
panduan lengkap...klik sini
|
29 Disember 2011 : Taklimat SBPA Siri 2 telah diadakan khas untuk guru-guru dan staf sokongan SMK Agama Sibu yang belum menghadiri Taklimat SBPA Siri 1 pada 27 disember 2011. Taklimat SBPA Siri 2 ini telah diadakan di Makmal Komputer SMK Agama Sibu pada jam 8.30 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu dengan dibantu oleh Pn Masni binti Bojeng, Pembantu Tadbir Bahagian Gaji. |
|
berita penuh...klik sini
|
28 Disember 2011 : Pemantauan persiapan persekolahan 2012 oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak telah berlangsung sepanjang hari ini. SMK Agama Sibu telah dipantau oleh Dr Hj Azhar bin Hj Ahmad, Ketua Unit Operasi Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan En Hj Dollah bin Abd Rajak, Pegawai SPI, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. |
|
berita penuh...klik sini
|
28 Disember 2011 : Pengemaskinian stok Koperasi SMK Agama Sibu Bhd telah berlangsung sepanjang hari ini sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2012. Stok buku dan alat tulis merupakan stok utama yang dikemaskini memandangkan ia merupakan barangan utama yang diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid. |
|
berita penuh...klik sini
|
28 Disember 2011 : Gotong-royong menceriakan Bilik Mesyuarat SMK Agama Sibu telah diketuai oleh Cik Raemah binti Bujang dengan dibantu oleh Cik Dayang Siti Kaminah, Pn Seniah binti Elen, Pn Noorhuzaimah bt Hj Tamit dan Pn Habsah binti Tinggal. Kini, Bilik Mesyuarat SMK Agama Sibu berwajah baru sebagai persediaan awal tahun 2012. |
|
berita penuh...klik sini
|
27 Disember 2011 : Taklimat SBPA untuk guru dan staf sokongan SMK Agama Sibu telah diadakan di Makmal Komputer SMK Agama Sibu pada jam 8.15 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustazah Hjh Che Zainab binti Che Hassan, Pengetua SMK Agama Sibu dengan dibantu oleh Pn Masni binti Bojeng, Pembantu Tadbir Bahagian Gaji. |
|
berita penuh...klik sini
|
24 Disember 2011 : Semua guru dan staf sokongan SMK Agama Sibu dikehendaki hadir ke sekolah untuk "Taklimat SBPA" serta menandatangani opsyen SBPA pada 27 disember 2011 (selasa), jam 8.15 pagi bertempat di Makmal Komputer, SMK Agama Sibu. Kakitangan yang tidak dapat hadir pada masa tersebut diminta menghubungi Pn Masni binti Bojeng. Harap Maklum. |
|
pengumuman rasmi...klik sini
|
|