11 Mac 2010 : Keputusan SPM 2009 SMK Agama Sibu meningkat berbanding dengan keputusan tahun 2008. GPS 2008 ialah 5.84 meningkat kepada GPS 2009 iaitu 5.01. Semakin kecil nilai GPS, semakin baik keputusan. Peratusan kelulusan semua mata pelajaran sekurang-kurangnya gred E ialah sebanyak 63.9%. Seramai 6 orang pelajar dikategorikan sebagai pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 5A ke atas.
5 Mac 2010 : Bidang Sains dan Matematik SMK Agama Sibu telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk semua guru-guru SMK Agama Sibu. Tajuk LDP pada kali ini ialah "Guru, Satu Profesion Yang Mulia". Penceramah bagi LDP ini ialah En Charles Tiong, Pengetua SM Teknik Sibu. LDP bermula pada jam 2.30 ptg di makmal komputer SMK Agama Sibu.
4 Mac 2010 : SMK Agama Sibu telah diamanahkan menjadi penganjur untuk Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Bahagian Sibu 2010 yang akan diadakan pada 15-17 april 2010 di dataran terbuka SMK Agama Sibu. Pertandingan adalah secara kalah mati. Sekolah menengah-sekolah menengah di bahagian Sibu dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
28 Feb 2010 : Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SMK Agama Sibu dan Lembaga Pengawas SMK Agama Sibu telah mengadakan Program Kepimpinan Pelajar di SMK Agama Sibu selama 3 hari 2 malam. Program ini adalah salah satu aktiviti di dalam Program Bakti Siswa UPM. Fasilitator program ini ialah daripada Kumpulan Bakti Siswa 1 UPMKB seramai 30 orang dengan dipimpin oleh En Ahmad Hanafi b Hamzah selaku pengarah program.
26 Feb 2010 : SMK Agama Sibu telah menghantar kontijen perarakan yang terdiri daripada 725 orang peserta untuk menyertai perarakan maulidul rasul peringkat daerah Sibu yang diadakan di dataran terbuka Sibu. Dalam perarakan tersebut, SMK Agama Sibu telah dinobatkan sebagai kontijen terbaik kategori sekolah menengah dan kontijen terbaik keseluruhan. Sepanduk maulidul rasul SMK Agama Sibu pula telah memperoleh tempat ketiga pertandingan sepanduk maulidul rasul kategori sekolah menengah.
24 Feb 2010 : Persatuan Puteri Islam SMK Agama Sibu telah mengadakan pertandingan busana muslim untuk semua ahli-ahlinya. Perrtandingan busana muslim ini memperagakan pakaian muslimah untuk aktiviti dan suasana tertentu. Antara pakaian yang diperagakan adalah pakaian ketika santai, pakaian ketika bersukan, pakaian ketika ke pejabat, pakaian ketika studi, pakaian ketika makan dan sebagainya.
23 Feb 2010 : Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SMK Agama Sibu telah diadakan pada hari ini bersamaan 9 rabiulawal 1431H. Forum Maulidul Rasul diadakan di dataran terbuka SMK Agama Sibu dengan menampilkan pemforum-pemforum yang terdiri daripada kaum Hawa. Tema sambutan maulidul rasul pada kali ini ialah "Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah".
21 Feb 2010 : SMK Agama Sibu berasap lagi pada hari ini apabila beberapa orang pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan proses fogging ke seluruh kawasan sekolah. Proses fogging ini dilakukan adalah untuk membunuh nyamuk aedes yang boleh menyebabkan penyakit demam denggi.Â
20 Feb 2010 : Lalu lintas di hadapan SMK Agama Sibu sesak selama lebih kurang 2 jam diakibatkan oleh kemalangan yang berlaku di hadapan sekolah. Kereta produa kenari berwarna hitam yang dipandu melebihi had laju yang cuba memotong kenderaan di hadapan telah gagal dikawal apabila hampir bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan menyebabkan pemandu hilang kawalan dan seterusnya merempuh laluan di hadapan sekolah dan terus menjunam ke dalam parit utama.
10 Februari 2010 : Persatuan Seni Silat Helang Putih SMK Agama Sibu telah mengadakan sesi latihan kali pertama pada hari ini bertempat di dataran terbuka SMK Agama Sibu. Seramai lebih kurang 25 orang pesilat melakukan latihan di bawah bimbingan Ahmad Siddiq Hidayatullah.
10 Februari 2010 : SMK Agama Sibu menang bergaya apabila berjaya menumpaskan SMK Bandar Sibu dengan keputusan 6-0 dalam perlawanan persahabatan yang telah berlangsung pada petang ini. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan kehebatan masing-masing sepanjang permainan dengan beberapa percubaan menarik dilakukan ke arah gol pihak lawan.
OS : Linux s PHP : 5.2.12 MySQL : 5.0.67-community Masa : 02:56 Caching : Disabled GZIP : Disabled Ahli : 156 Kandungan : 243 Pautan Web : 6 Hit paparan Kandungan : 76174
MyTopSchool
Web Pendidikan
Google PageRank
Siapakah Anda ?
IP : 38.107.191.96 Negara : United States OS : UNKNOWN Browser : Ccbot 1.0 Resolusi : JavaScript :