Dasar Kurikulum Sekolah 2014

SMK Agama Sibu

SMK Agama Sibu

SMK AGAMA SIBU

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2014


1.0. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah daripada 8 buah sekolah berasrama harian terkawal yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.

2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;
2.1. menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2. memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3. memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3. Sebagai salah sebuah sekolah Kebangsaan Agama-prasyarat yang ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Islam dan Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan dipatuhi sepenuhnya.
3.4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5. Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.

5.0 SISTEM FAIL
5.1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha
5.2. Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Ketua Bidang di Bilik Guru.
5.3. Jumlah fail – 7

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1. Menengah Rendah - 9 mata pelajaran termasuk Bahasa Arab komunikasi
6.2. Menengah Atas
6.2.1. Aliran Sains Tulen / Aliran Teknikal( 11 mata pelajaran)
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Matematik Tambahan Biologi/Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
Kimia Fizik Pendidikan Syariah Islamiyyah Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah **Bahasa Arab Tinggi ** Elektif +1

6.2.2. Aliran Sains Sosial (10 mata pelajaran)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Sains 
Prinsip Akaun# /Ekonomi Asas
PSV #Ekonomi Asas 
Perdagangan
Pendidikan Syariah Islamiyyah
Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
**Bahasa Arab Tinggi

6.3. Pra-U
Pengajian Am
Bahasa Malaysia
Bahasa Arab
Muet
Syariah Pengajian Perniagaan / Usuluddin

7.0. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMKAS
7.1. Kemasukan ke Tingkatan 1 - memperoleh sekurang-kurangnya memperoleh 3A 2B dalam UPSR.
7.2. Kemasukan ke Tingkatan 4 – memperoleh pangkat D dalam Bahasa Arab Komunikasi.
Murid yang mendapat pangkat E boleh juga dipertimbangkan dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN.
7.3. Kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah –
7.3.1. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya 6C.
7.3.2. Memperoleh sekurang-kurangnya lulus Bahasa Arab Tinggi
7.3.3. Lulus kedua-dua mata pelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
(i) Pendidikan Syariah Islamiah
(ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
7.3.4. Kemasukan ke tingkatan 6 diurus oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN.
7.3.5. Syarat kemasukan dilonggarkan sekiranya terdapat kekosongan.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.2. Salinan Panitia untuk setiap Tingkatan disimpan dalam Fail Panitia
8.3. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
i) Tajuk/Isi Pelajaran
ii) Objektif
iii) Aktiviti
iv) KBKK
v) Refleksi

8.4. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Khamis persekolahan minggu berkenaan.( tertakluk kepada perubahan)
8.5. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.6. Menghabiskan Sukatan ;

i) Tingkatan 3 – Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
ii) Tingkatan 5 & 6 Atas – Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos
iii) Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah dihabiskan pada bulan Oktober.

8.7. Pendidikan Bestari – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered /berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU

9.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
9.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
9.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
9.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 25 waktu seminggu.

10.0. GURU GANTI
10.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan Pengetua, PKI, dan Penyelaras Jadual Waktu serta mencatat pada papan notis dan Fail Pergerakan Staf.
10.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
10.3. Mencari pengganti terlebih dahulu
10.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti
10.5. Menggantikan pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
10.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu

11.0. WAKTU PERSEKOLAHAN
a. Isnin - Selasa 6.40 - 2.20 petang , (Kelas KKQ – 3.20 -4.30)
b. Rabu – Khamis 6.40 - 4.30 petang
b. Jumaat 6.40 - selepas solat Jumaat.

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa.

12.0. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1. Peperiksaan Pertengahan Penggal - 2 kali setahun
12.2. Peperiksaan Penggal - 2 kali setahun
12.3. Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1, 2 & 3
12.3.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
12.3.2. Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GPA dan lulus dalam semua mata pelajaran. .

12.4. Format Peperiksaan
12.4.1.Ujian topikal - mengikut kesesuaian Subjek.
12.4.2.Peperiksaan Penggal
12.4.2.1. Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam
12.4.2.2. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
12.4.2.3. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

12.5. Jadual Pengawasan
12.5.1.Ujian diadakan serentak selama 2 minggu bagi Kelas Tingkatan 4 & 5 manakala kelas Tingkatan 1,2,3,
dan 6 Rendah dan Atas selama seminggu.
12.5.2.Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi
12.5.3.Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.6. Rekod Markah
Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer dan buku laporan murid ditandatangani oleh ibu bapa.

12.7. Syarat Lulus
12.7.1. Tingkatan 1 – 3, mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan.
12.7.2. Tingkatan 4 dan 6 Rendah mengikut garis panduan Sektor Pendidikan Islam.

12.8. Jadual Spesifikasi Ujian
12.8.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang logik untuk para pelajar cemerlang.
12.8.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.8.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.8.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / guru Kanan atau Penolong Kanan Pentadbiran
sebelum dicetak.

12.9. Post mortem Untuk Peperiksaan

12.9.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan peperiksaan PMR
dan SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan.
12.9.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
12.9.3. Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.
12.9.4. Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling

12.10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

12.10.1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama ada di Peringkat Menengah Rendah
dan Atas mengikut tempoh yang ditetapkan.
12.10.2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelak masalah
di sekolah baru murid berkenaan.

13.0. PEMANTAUAN

13.1. Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap sekali dalam setahun secara rasmi.
13.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan. Jadual Induk
pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
13.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
13.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing.
13.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.

13.2. Pengurusan Panitia
13.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran
berkenaan.
13.2.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun
13.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bahagian belakang Guru Kanan
masing-masing.
13.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu.
Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
13.2.6. Guru-guru Kanan perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3. Peperiksaan dan Penilaian

13.3.1. Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan
penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2. Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan.

13.4. Bilik-bilik Khas

13.4.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.

13.4.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
Bilik Mesyuarat
Bilik APD
Perpustakaan
Bilik Perkembangan Staf
Galeri
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik Pendidikan Islam
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik PSV
Bilik Setiausaha Peperiksaan
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel jahitan /Masakan
Bengkel Kayu
Makmal Sains
Bilik Disiplin
Bilik Warden
Bilik Sakit
Bilik Gerakan

13.4.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti
diwujudkan
13.4.4. Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada sebilang masa.

13.5. Jawatankuasa Pemantauan

13.5.1. Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik
13.5.1.1. Pengetua
13.5.1.2. Penolong Kanan Pentadbiran
13.5.1.3. Penolong Kanan Tingkatan 6
13.5.1.4. Penolong Kanan HEM
13.5.1.5. Penolong Kanan Kokurikulum
13.5.1.6. Guru-guru Kanan

13.6. Penyediaan Buku Latihan Murid

13.6.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan
dilakukan secara konstruktif.
13.6.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk
semakan Ketua Panitia
13.6.3. Semua Ketua Panitia akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada
Guru kanan Bidang
13.6.4. Semua Ketua Bidang akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada
Penolong Kanan Pentadbiran
13.6.5. Semua Penolong Kanan akan menyerahkan 10 buah buku kepada Pengetua untuk semakan.
13.6.6. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
13.6.7. Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Kanan dan Panitia.

14.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

14.1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu
mengajar kepada Guru Kanan Bidang.
14.2. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
14.4. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
15.2. Komponen Sastera dalam bahasa Melayu hendaklah diliputi semua pengajarannya dalam kelas.
15.3. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
15.4. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
15.5. Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.

15.6. Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari
maklumat atau menonton video yang telah dirakam oleh guru PSS.
15.7. Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru bahasa.
15.8. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi 3 bahasa.
15.9. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
15.10. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

16.1. Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan panitia.
16.2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
16.3. Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
16.4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik
panitia berkenaan.
16.5. Penglibatan HEM, Kaunseling dan Warden Asrama adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

17.0. PERKEMBANGAN STAF

17.1. Kursus Dalaman
17.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Pengetua /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
17.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan danbudi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
17.1.3. Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain.

17.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
17.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru.
17.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian pintar.
17.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

17.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus

17.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain
17.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia

18.0. KAJIAN TINDAKAN
18.1. Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
18.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

19.0. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN

19.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Roman,
set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5.
19.2. Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
19.3. 100 helai ke atas direzo - tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
19.4. Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.

20.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
20.1. STPM - Semua murid lulus setiap subjek (memperoleh Prinsipal)
20.2. SPM – Semua murid lulus semua subjek.
20.3. PMR – Minimum C bagi semua Subjek
20.4. Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap subjek.

21.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
21.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan, mahupun antarabangsa.
21.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

22.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
22.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara .
22.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.


Dibincang di Peringkat Pengurusan Sekolah pada 28 Julai 2009
Pelaksanaan 2009-2014

 
Cari Maklumat
ATAS