Portal e-Guru KPM 16 Ogos 2013

SMK Agama Sibu

PENGUMUMAN RASMI


16 Ogos 2013 : Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Portal e-Guru KPM yang boleh diakses melalui url "http://pnp.moe.edu.my/eguru". Pautan ke Portal e-Guru KPM boleh juga diakses melalui Laman Web Rasmi SMK Agama Sibu dengan memilih menu "Akademik" dan memilih submenu "Portal e-Guru KPM 2013". Guru-guru diminta mengakses portal tersebut untuk tujuan penambahbaikan PDP sebagaimana arahan KPM melalui surat KP(JNJK)1200-20/8(130) bertarikh 1 Julai 2013 yang diterima pada hari ini.

Portal e-Guru KPM adalah perpustakaan maya yang mengandungi koleksi video guru semasa pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Setiap video e-guru menunjukkan dengan jelas kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi penambahbaikan pdp buru.

 

 
Tarikh Kemaskini
Cari Maklumat
ATAS