| Sistem e-Disiplin SMK Agama Sibu 2010 |
|
1. KONSEP Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. VISI Modal Insan Murid Terbilang 3. MISI Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan. 4. SENARIO SEDIA ADA Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media masa. 4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada). 4.2 PENGURUSAN DISIPLIN Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan tambahan yang merungsingkan. Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru Disiplin. 5. SENARIO SEPATUTNYA e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin. 5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik. 5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin. Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin. Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai. Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha Disiplin. 5.3 PENYIMPANAN REKOD e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain.. Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan mengurangkan penggunaan kertas. 6. KAEDAH e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan bimbingan. 6.1 SALAH LAKU 6.1.1 JENIS SALAH LAKU Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut. Kod Kesalahan Kesalahan A. TINGKAH LAKU JENAYAH A01 Berjudi A02 Mencuri A03 Mengancam/Memukul/Mencederakan Guru A04 Mengancam/Memukul/Mencederakan Kakitangan A05 Mengancam/Memukul/Mencederakan Murid A06 Peras Ugut A07 Gengsterisme A08 Bawa Senjata Merbahaya A09 Mencabul Kehormatan A10 Menceroboh A11 Tunjuk Perasaan A12 Merusuh A13 Membunuh A14 Merogol A15 Bergaduh B. PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN B01 Memiliki / Menyimpan B02 Membekal / Menawarkan B03 Menjual / Mengedar B04 Menghisap / Menyuntik / Menyedut / Meminum / Menghidu B05 Menghidu Bahan-Bahan Inhalan C. BULI C01 Buli Bahasa C02 Buli Fizikal C03 Buli Isyarat C04 Buli Perhubungan D. ROKOK D01 MEMILIKI / MENYIMPAN D02 MEMBEKAL / MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP 1. Kali Pertama (1 Rotan) 2. Kali Kedua (2 Rotan) 3. Kali Ketiga ( 3 Rotan) 4. Kali Keempat (Gantung) 5. Kali Kelima (Buang) E. PONTENG E01 Ponteng Sekolah 1. 3 Hari Berturur-Turut Atau 10 Hari Tidak Berturur-Turut 2. 10 Hari Berturur-Turut Atau 20 Hari Tidak Berturur-Turut 3. 17 Hari Berturur-Turut Atau 40 Hari Tidak Berturur-Turut 4. 31 Hari Berturur-Turut Atau 60 Hari Tidak Berturur-Turut E02 Ponteng Kelas E03 Ponteng Aktiviti Kokurikulum E04 Ponteng Ujian / Peperiksaan E05 Ponteng Prep E06 Ponteng Asrama E07 Ponteng Acara Rasmi Sekolah E08 Ponteng Perhimpunan F. TINGKAH LAKU LUCAH F01 Bercumbuan F02 Berkhalwat F03 Bawa Bahan Lucah F04 Mengedar Bahan Lucah F05 Mengintai F06 Menggunakan Kata / Perbuatan Lucah F07 Melukis & Menulis Kata-Kata Dan Gambar Lucah F08 Menonton Vcd / Filem Lucah F09 Memeluk Murid Lain Jantina F10 Berdua-Duaan Yang Menimbulkan Syak G. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP G01 Biadap Kepada Guru G02 Biadap Kepada Kakitangan G03 Biadap Kepada Tetamu G04 Berkelakuan Kasar Kepada Murid G05 Berbahasa Kesat / Kasar Kepada Murid G06 Meminum / Membeli / Menyimpan / Mengedar Minuman Yang Memabukkan G07 Membuang Sampah Merata-Rata G08 Ingkar Arahan Guru G09 Ingkar Arahan Pengawas G10 Meludah Di Tempat Tidak Sepatutnya H. KESALAHAN VANDALISME H01 Merosakkan Harta Benda Sekolah H02 Merosakkan Harta Benda Asrama H03 Merosakkan Harta Benda Kantin H04 Merosakkan Peralatan Bilik-Bilik Khas H05 Merosakkan Tanaman Tumbuhan / Tanaman Hiasan H06 Menconteng Dinding Bangunan Sekolah H07 Menconteng Dinding Bangunan Asrama H08 Merosak / Mengoyak Buku Spbt H09 Merosakkan Peralatan Sukan H10 Merosakkan Kenderaan Guru Besar / Pengetua / Guru / Kakitangan H11 Merosakkan Harta / Kenderaan Murid J. TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH J01 Pecah Amanah J02 Berbohong J03 Tidak Bertanggungjawab J04 Tidak Jujur K. KENAKALAN K01 Menunggang Motosikal Dalam Kawasan Sekolah K02 Masuk Tandas Berlainan Jantina K03 Sengaja Membunyikan Loceng Kecemasan K04 Mengganggu Semasa Pengajaran & Pembelajaran K05 Tidak Ikut Giliran / Berebut-Rebut / Bertolak-Tolak K06 Membawa / Bermain Mercun K07 Mengubahsuai Pendawaian Elektrik K08 Keluar Kawasan Sekolah / Asrama Tanpa Kebenaran K09 Bermain Dalam Dorm K10 Melanggar Peraturan Asrama L. TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA L01 Lewat Ke Sekolah L02 Lewat Ke Perhimpunan L03 Lewat Masuk Kelas L04 Lewat Datang Aktiviti Luar Kelas / Kokurikulum L05 Lewat Masuk / Balik Ke Asrama M. KEKEMASAN DIRI M01 Berkuku Panjang M02 Mewarna Kuku / Berinai M03 Berambut Panjang M04 Rambut Berfesyen M05 Bermisai / Berjanggut M06 Memakai Pakaian Tidak Mengikut Peraturan M07 Pakai Barang Kemas M08 Mencukur Bulu Kening M09 Memakai Alat Solek N. PENGLIBATAN POLITIK N01 Penglibatan Dalam Perhimpunan / Perarakan Politik N02 Merayu Undi Dalam Pilihanraya N03 Menyebar Penulisan / Dokumen / Propaganda Politik 6.1.2 MARKAH Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut; a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat. b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM. 6.2 AMARAN DISIPLIN Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti berikut; 6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah. Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3) Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah seperti berikut; a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem) b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan c. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung. d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari. e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggantung atau tidak murid berkenaan. f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat Hukuman Gantung 6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4) Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya. 6.2.5 Buang Sekolah – (AD5) Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua. Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut; g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem) h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah. j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari. k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk membuang atau tidak murid berkenaan. l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem. 6.2.6 Amaran-Amaran Lisan Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes salah laku. 6.2.7 Hukuan Rotan – Kes Merokok Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok. 6.3 PEMULIHAN 6.3.1 KERJA AMAL Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang diberikan kepada murid-murid. Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut; a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu persekolahan b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-pekerja / kakitangan sekolah. c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid d. Dikawal selia oleh guru e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah 6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut; KERJA AMAL KA01 Menolong Guru Dalam Keceriaan Sekolah KA02 Kerja-Kerja Lanskap/Tanam Dan Jaga Pokok Bunga Dll KA03 Kerja Mengecat/Mural/Kerja-Kerja Berat KA04 Kerja-Kerja Mulia-Pertolongan Cemas KA05 Kesungguhan Ketika Di Surau-Rajin/Tertib/Tekun KA06 Komitmen Untuk Datang Awal Ke Sekolah KA07 Ringan Tulang-Sukarela Menolong Guru KA08 Membersih Dan Menceriakan Kelas KA09 Membersih Dan Menyusun Bilik-Bilik Khas KA1O Membersih Kawasan Persekitaran Sekolah KA11 Membaiki Dan Membaik Pulih Peralatan Sekolah KA12 Memberi Maklumat Yang Berguna Kepada Sekolah KA13 Amalan Jimat Cermat (Air, Elektrik Dll) KA14 Aktif Dalam Aktiviti Kemasyarakatan KA15 Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga Dalah Aktiviti Sekolah KA16 Aktiviti-Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni 6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM. 6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan bukannya aktiviti yang dibuat secara umum. 6.3.2.1 JENIS KAUNSELING Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah. Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti Kem Waja Diri. 6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan) Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh, masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan oleh pihak sekolah. Contoh Jadual pemarkahan e-Disiplin Formula Tanpa Kerja Amal Tambahan Mata Jumlah Markah Tindakan Kerja Amal Baki Kaunseling (Min) 3 - 19 AMARAN LISAN 20 20 - 30 AD1 0 20 1 10 31 - 40 AD2 0 30 1 41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 3 30 60 - 70 AD3 (GANTUNG) 0 60 1 71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 2 20 80 - 90 AD4 (T/S) 0 80 1 20 100 AD5 (BUANG) 100 5 9 Formula Dengan Kerja Amal Tambahan Mata Jumlah Markah Tindakan Kerja Amal Baki Kaunseling (Min) 3 - 19 AMARAN LISAN 20 20 - 30 AD1 (-)20 0 1 30 31 - 40 AD2 (-)20 10 1 41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 4 50 60 - 70 AD3 (GANTUNG) (-)20 40 1 71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 3 40 80 - 90 AD4 (T/S) (-)20 60 1 90 - 100 3 40 100 AD5 (BUANG) 180 100 5 80 14 7. PERANAN PERSONEL e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan disiplin sekolah 7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA 1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang sekolah. 2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL) 3. Mengarah siasatan kes salahlaku. 4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat. 5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera. 6. Mengarah murid menjalani kaunseling. 7. Mengarah murid membuat kerja amal. 8. Menandatangani surat pertuduhan. 9. Menandatangani surat tunjuk sebab 10. Menandatangani surat hukuman 11. Menjatuhkan hukuman 12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga 13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin 7.2 PERANAN GPK HEM 1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab. 2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL) 3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat amaran disiplin. 4. Mengarah murid membuat kerja amal. 5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling 6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin. 7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga. 8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah. 7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN 1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 2. Menyiasat kes salahlaku. 3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru. 4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat. 5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/ Penyelia Petang/PK HEM. 6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal. 7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem. 8. Mengemaskini/simpan BSL. 9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan. 10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan. 11. Menyelaras program disiplin sekolah 7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Menjalankan sesi kaunseling individu. 2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok. 3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok. 4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi 5. Membuat lawatan ke rumah murid . 6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain lain. 7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin 8. Menyelaras program disiplin sekolah 7.5 PERANAN GURU 1. Memantau salahlaku di kalangan murid. 2. Memberi bimbingan kepada murid 3. Mengisi BSL. 4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin. 5. Membantu tugas SU Disiplin. 6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah. 7.6 PERANAN MURID 1. Berkerjasama dengan semua guru. 2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan oleh SU Disipin Sekolah. 3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat. 4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan. 5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman. 6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku 7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah 7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA 1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak. 2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila 3. pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak 4. sekolah atau hadir sendiri ke sekolah. 5. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak 6. mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah. 7. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses 8. menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung Sekolah. 9. 5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan 10. Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke atas anak mereka. 7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH 1. Membuat siasatan kes-kes khas. 2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah. 3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin 7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN 1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah. 2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah. 3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin. 7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK 1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah 2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan 3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing 4. Mengatur program berkaitan motivasi diri 8. OPERASI SISTEM 8.1 TERAS OPERASI Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah; 7.10 Maklumat murid (Diimport dari data SMM) 7.11 Maklumat guru 7.12 Maklumat salah laku (Borang Saman) 7.13 Maklumat kerja amal 7.14 Maklumat respon penjaga 7.15 Maklumat sesi kaunseling 7.16 Maklumat akujanji 8.2 KEUPAYAAN SISTEM 8.2.1 AMARAN DISIPLIN Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin. Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem a. Amaran Disiplin Pertama (AD1) b. Amaran Disiplin Kedua (AD2) c. Gantung Sekolah (AD3) d. Amaran Akhir (AD4) e. Buang Sekolah (AD5) f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok) 8.2.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk kepada kaunseling. 8.2.3 MENCETAK BAHAN Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak; i. Laporan Bulanan ii. Laporan kes disiplin iii. Laporan jenis kes iv. Laporan mengikut tingkatan v. Laporan penglibatan guru vi. Laporan tindakan disiplin vii. Laporan kerja amal viii. Laporan sesi kaunseling ix. Laporan respon penjaga x. Laporan Tahunan xi. Laporan kes disiplin xii. Laporan jenis kes xiii. Laporan mengikut tingkatan xiv. Laporan penglibatan guru xv. Laporan tindakan disiplin xvi. Laporan respon penjaga xvii. Laporan kerja amal xviii. Laporan sesi kaunseling xix. Laporan ponteng sekolah xx. Laporan pergerakan murid xxi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi xxii. Laporan lengkap disiplin seseorang murid xxiii. Senarai pelajar bermasalah xxiv. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar) xxv. Statistik disiplin xxvi. Senarai murid untuk rujukan kaunseling xxvii. Surat Akuan sahsiah murid 8.2.4 IMPORT / EKSPORT Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport dan mengimport data. 9. PENUTUP Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik. |