Sabtu, 13 Mac 2010

Terjemahan

Cari Maklumat

Foto Anda

Menu Utama

Latar Belakang Pentadbiran Sekolah Unit Maklumat Data Akademik Hal Ehwal Murid Kokurikulum Kejohanan Olahraga semekas FM Aplikasi Online Pautan SMKA-SMKA Pautan SBP & SMK Pautan Kolej-Kolej Pautan SMT-SMT Pautan SK-SK

SMK Agama Sibu 2010

Laman Utama Hal Ehwal Murid Peraturan Sekolah 2010
Peraturan Sekolah 2010






Logo SMK Agama Sibu
SMK Agama Sibu


Pengenalan

Surat Pekeliling Ikhtisas bil.9/1975, menyatakan
...tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan ini hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan murid-murid mestilah mengetahuinya.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, pekeliling-pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran DBP, Kuala Lumpur, 1988 ms. 162)

Penggubalan peraturan-peraturan sekolah adalah berasaskan peraturan pelajaran yang terkandung di dalam surat-surat pekeliling (Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa: Nilai-nilai agama, Rukun Negara, latar belakang sosio budaya masyarakat setempat, kemudahan dan keadaan fizikal sekolah dan prinsip-prinsip asasi disiplin dan peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengukuhan Disiplin Peringkat Sekolah. DBP, KL, 1988 ms. 18)

 Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu dididik agar mematuhi peraturan dan disiplin yang dapat memenuhi apa yang dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara inginkan seorang insan yang bukan hanya berpengetahuan tinggi, tetapi juga seorang yang berbudi pekerti mulia dan mempunyai amalan hidup yang sihat.



Peraturan Sekolah 2010

Fasal 1
1. KEHADIRAN KE SEKOLAH

1.1 Waktu persekolahan adalah satu sidang mulai 07:00 hingga 14:20 / 16:30 (mengikut jadual waktu yang ditentukan).
1.2 Perhimpunan setiap pagi diadakan pada pukul 06:40 hingga 06:55 di Dataran Terbuka sebelum memulakan persekolahan.
1.3 Guru Tingkatan akan mengambil kehadiran murid selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan jadual kedatangan di pejabat.
1.4 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat akuan doktor atau surat akuan ibu bapa / penjaga / warden.
1.5 Murid yang tidak dapat mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah membuktikannya dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat akuan ibubapa / penjaga .
1.6 Kelas Tambahan dan Kelas Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa yang wajib dihadiri. Kedatangan akan diambil oleh guru berkenaan / guru tingkatan.
1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah atau balik ke asrama pada waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Warden Bertugas / Guru Bertugas.
1.8 Murid yang memerlukan rawatan di hospital / klinik hendaklah mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Warden Bertugas / Guru Bertugas Mingguan dan mengisi Borang Rawatan yang diambil daripada Penyelia Asrama dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Penolong Kanan 1 / Penolong Kanan Kokurikulum. Pihak sekolah / Penyelia Asrama akan menghantar murid berkenaan ke hospital / klinik.
1.9 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke tempat lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu serta wajib membawa kad kebenaran keluar kelas. Murid hendaklah sentiasa berada di dalam kelas jika guru tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
1.10 Murid yang mengambil mata pelajaran pilihan hendaklah berada di dalam kelas atau tempat yang diarahkan oleh pihak sekolah.
1.11 Murid-murid mesti hadir ke sekolah menepati masa yang ditetapkan. Tindakan akan dikenakan jika datang lewat.
1.12 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari bukan berturut-turut, surat amaran pertama akan dihantar kepada ibu bapa / penjaga. Surat amaran kedua akan dihantar secara SURAT BERDAFTAR jika tidak hadir tujuh hari berturut-turut atau sepuluh hari bukan berturut-turut setelah amaran pertama dikeluarkan. Surat amaran ketiga dihantar setelah tujuh hari berturut-turut tidak hadir atau dua puluh hari bukan berturut-turut setelah surat amaran kedua dikeluarkan. Setelah surat amaran ketiga pelajar tersebut akan dibuang sekolah. Tindakan buang sekolah akan dikenakan jika tidak hadir empat belas hari berturut-turut atau dua puluh hari bukan berturut-turut setelah amaran ketiga dikeluarkan.
1.13 Surat untuk memberitahu ibu bapa / penjaga murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.
1.14 Surat-surat berkenaan boleh didapatkan daripada PKHEM. Guru-guru tingkatan diminta mengisi surat-surat ini dan memastikan penghantarannya.
1.15 Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat dalam Jadual Kedatangan dengan catatan AP : Amaran Pertama, AK : Amaran Kedua, AT : Amaran Terakhir dan BS : Buang Sekolah.
1.16 Murid yang balik dengan kebenaran sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Bagi yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.
1.17 Murid-murid dilarang keras ponteng kelas / sekolah. Tindakan tatatertib akan diambil dan ibu bapa / penjaga akan dipanggil ke sekolah untuk penjelasan.
1.18 Fasal 1 Ceraian 18 memperakukan segala peraturan atau peruntukan undang-undang kehadiran murid yang diwujudkan kemudian.

Fasal 2
2. PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI

2.1 Kemeja putih berlengan pendek / panjang (dibutangkan), seluar panjang berwarna hijau tua (olive green), sarung kaki putih, kasut kanvas putih, tanda nama berlogokan lencana sekolah dan bersongkok baldu hitam hendaklah dipakai semasa belajar / perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah. Lengan baju tidak dibenarkan untuk dilipatkan. Ukuran panjang seluar – paras buku lali (apabila berdiri). Lebar buka kaki seluar – 36 cm hingga 42 cm (14 inci hingga 16 inci). Seluar berpotongan “bell-bottom” / kaki kecil (slim cut) dan ketat tidak dibenarkan. Seluar yang dibuat daripada material dari jenis ‘Jeans’ atau ala ‘Jeans’ tidak dibenarkan.
2.2 Semua pengawas memakai pakaian yang telah ditetapkan.
2.3 Pakaian rasmi sekolah / pakaian kedua hendaklah digunakan semasa keluar ke bandar / balik bercuti, semasa kembali semula ke sekolah dan semasa menghadiri aktiviti di luar waktu persekolahan.
2.4 Pakaian kebangsaan berwarna putih, samping rasmi sekolah, bersongkok hitam, kasut kanvas putih dan tanda nama wajib dipakai ketika :
a. waktu belajar pada setiap hari Jumaat
b. waktu sembahyang Jumaat berjemaah
c. majlis-majlis rasmi yang diarahkan oleh pihak sekolah
2.5 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan :
Murid lelaki hendaklah menggunakan kemeja ‘T’ berkolar, berwarna putih berlogo sekolah, seluar panjang trek biru gelap / hitam serta berkasut sukan.
2.6 Pakaian semasa Bersukan / Beriadah :
Murid lelaki hendaklah menggunakan kemeja ‘T’, seluar panjang trek, dan berkasut sukan
2.7 Pakaian semasa makan dan kelas persediaan malam hendaklah kemas dan sesuai.
2.8 Pakaian murid lelaki semasa makan tengah hari pada hari cuti hendaklah kemas dan sesuai.
2.9 Pakaian murid lelaki semasa makan tengah hari pada hari persekolahan ialah pakaian seragam sekolah.
2.10 Pakaian murid lelaki semasa makan malam, solat Maghrib dan Isyak, dan kelas persediaan malam ialah baju Melayu dan berkopiah putih / bersongkok.
2.11 Semua murid lelaki dilarang memakai seluar panjang ketat, seluar panjang berkaki besar, seluar panjang berconteng, seluar panjang banyak poket, seluar panjang baldu, seluar panjang jeans, slack jeans, seluar ala Hawaii / seluar pendek aras lutut, seluar pendek, baju berlogo atau bergambar heavy metal atau bertentangan dengan Islam, tali pinggang besar (lebar tidak melebihi 3 cm termasuk kepalanya), rantai tangan / leher, cincin, dan cermin mata hitam. Tidak dibenarkan menggunakan kain pelikat ke kelas.
2.12 Semua murid dikehendaki memakai kasut atau sandal di dalam kawasan sekolah di luar masa persekolahan. Pemakaian selipar di kawasan selain dari kawasan asrama adalah dilarang.
2.13 Pakaian yang mendedahkan aurat adalah diharamkan.
2.14 Murid-murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, menyimpan misai dan janggut yang bersesuaian dengan Pekeliling Ikhtisas bil 2/1979. Murid-murid juga dilarang membotakkan kepala, ‘sideburn’ (berjambang), mewarnakan rambut juga meniru fesyen rambut yang tidak sepatutnya.
2.15 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang.
2.16 Arahan dan larangan tambahan mengenai pakaian akan diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Fasal 3
3. PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN

3.1 Baju kurung putih bercekak, kain berwarna biru muda, tudung labuh sehingga melepasi paras siku, bersinglet dalam putih, berkain dalam, kasut kanvas putih dan tanda nama berlogokan lencana sekolah hendaklah dipakai semasa belajar / perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah.
3.2 Semua pengawas memakai pakaian yang telah ditetapkan.
3.3 Pakaian rasmi sekolah / pakaian kedua hendaklah digunakan semasa keluar ke bandar / balik bercuti dan semasa kembali semula ke sekolah.
3.4 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan :
Murid perempuan hendaklah menggunakan seluar panjang trek biru gelap / hitam yang tidak menampakkan susuk badan, kemeja ‘T’ sekolah lengan panjang berwarna putih dan berkolar, bertudung putih serta berkasut sukan. Labuh kemeja ‘T’ hendaklah melebihi paras punggung (menutup punggung).
3.5 Pakaian semasa Bersukan / Beriadah :
Murid perempuan hendaklah menggunakan seluar panjang trek biru gelap / hitam yang tidak menampakkan susuk badan, kemeja ‘T’ lengan panjang, bertudung serta berkasut sukan. Labuh kemeja ‘T’ hendaklah melebihi paras punggung (menutup punggung).
3.6 Selain waktu-waktu yang tersebut di atas, murid perempuan hendaklah memakai baju kurung yang kemas dan tidak mencolok mata, serta bertudung labuh hingga ke paras siku.
3.7 Perkara-perkara di bawah juga dilarang keras bagi murid perempuan memakainya :
a. ‘skirt’
b. baju berlengan pendek / tanpa lengan / atas paras punggung
c. semua jenis selipar, kasut silang dan kasut tumit tinggi pada waktu sekolah.
d. semua jenis barang kemas.
e. Inai atau pewarna kuku
f. solekan
3.8 Semua murid perempuan diwajibkan menutup aurat semasa keluar dari bilik asrama atau pada bila-bila masa berhadapan dengan orang yang bukan mahramnya.
3.9 Semua murid perempuan mesti berbaju kurung kemas dan tidak mencolok mata, serta bertudung labuh hingga ke paras siku semasa di dewan makan.
3.10 Semua murid dikehendaki memakai kasut atau sandal di dalam kawasan sekolah di luar masa persekolahan. Pemakaian selipar di kawasan selain dari kawasan asrama adalah dilarang.
3.11 Arahan dan larangan tambahan mengenai pakaian akan diumumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Fasal 4
4. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

4.1 Perhimpunan rasmi mingguan akan diadakan pada setiap hari Rabu ( 6:40-7:40
pagi) di Dataran Terbuka atau mana-mana tempat yang diarahkan Pengetua.
4.2 Semua murid diwajibkan berada di tempat perhimpunan mengikut masa dan tempat yang diarahkan oleh pihak sekolah.
4.3 Barisan didahului oleh murid yang paling rendah dan berakhir dengan murid yang paling tinggi. Murid lelaki di hadapan. Manakala murid perempuan di belakang.
4.4 Perbarisan adalah mengikut kelas masing-masing dan kehadiran akan dicatat oleh Ketua Kelas.
4.5 Pemeriksaan murid dalam perhimpunan dilakukan oleh pengawas, guru kelas dan warden dengan kerjasama pihak Lembaga Disiplin Sekolah setiap minggu.
4.6 Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Quran, Zikir Asma’ul Husna, lagu Negaraku, lagu Sekoalh, ikrar dan diakhiri dengan lagu Negeri Sarawak “Ibu Pertiwiku” serta doa selamat.
4.7 Aturcara perhimpunan dimulai dengan ucapan Guru Bertugas, persembahan Murid / penyampaian hadiah (jika ada), ucapan guru-guru, ucapan PK-PK dan diakhiri oleh Pengetua.
4.8 Tatatertib perhimpunan wajib dijaga oleh pihak yang mempengerusikannya.
4.9 Perubahan tatacara perhimpunan tertakluk kepada pihak sekolah untuk menentukannya.

Fasal 5
5. TATATERTIB BILIK KELAS

5.1 Murid yang bertugas pada hari berkenaan dikehendaki datang lebih awal ke kelas. Setelah selesai pembersihan, mereka juga dikehendaki menghadiri perhimpunan pagi.
5.2 Ketua kelas bertanggungjawab melaporkan kehadiran murid dalam kelasnya kepada guru kelas; sama ada hadir, ponteng atau menimbulkan suasana yang tidak diingini di dalam kelas. Borang Kawalan Pergerakan Murid hendaklah diisi oleh Guru Matapelajaran / Ketua Kelas dan dihantar ke Pejabat selepas sesi persekolahan pada setiap hari.
5.3 Murid yang ponteng kelas tiga hari berturut-turut tanpa alasan atau selalu ponteng tanpa alasan munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.
5.4 Semua murid dikehendaki bangun menjawab salam dan memberi hormat serta salam / selamat datang / terima kasih kepada semua guru, Pengetua dan pelawat-pelawat semasa mereka memasuki dan keluar dari kelas.
5.5 Kebersihan dan ketenteraman bilik kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri dengan diawasi oleh Ketua Kelas dan Penolongnya. Sekiranya ada murid-murid yang merosakkan harta benda dalam bilik kelas atau enggan membersihkan kelas atau melawan Ketua maka tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.
5.6 Ketua Kelas atau Penolongnya bertanggungjawab atas segala keselamatan, kebersihan dan melaporkan kepada Guru Tingkatan tentang kerosakan atau kehilangan barang-barang di dalam kelasnya.
5.7 Hubungan di antara kelas dengan pihak pentadbiran sekolah hendaklah dibuat melalui guru kelas masing-masing.
5.8 Sewaktu ketiadaan guru, Ketua Kelas dan Penolongnya bertanggungjawab atas ketenteraman kelas dan hendaklah memperingatkan guru jika dia terlewat atau terlupa hadir ke kelas.
5.9 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut :
a. Menulis di papan putih (kecuali dengan arahan guru).
b. Meninggalkan buku di atas meja selepas waktu belajar.
c. Menggunakan meja dan kerusi guru.
5.10 Kedudukan di dalam kelas dibahagi dua : murid lelaki di hadapan dan murid perempuan di belakang.
5.11 Semua murid bertanggungjawab menjaga keharmonian kelas.

Fasal 6
6. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

6.1 Mulai sesi persekolahan 2008, semua murid akan diberikan buku teks tanpa melihat kepada kelayakan.
6.2 Buku teks perlu dijaga, dibalut dan ditulis nama di dalamnya.
6.3 Murid-murid yang didapati tidak menjaga buku teks dengan baik akan dikenakan denda.
6.4 Buku teks yang hilang perlu diganti samada dengan bayaran ataupun diganti dengan buku baru.

Fasal 7
7. BIASISWA

7.1 Biasiswa adalah kurniaan wang oleh Kementerian Pelajaran, Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah berhak mencadang untuk meneruskan atau menamatkan kurniaan ini.
7.2 Sebarang hutang dengan pihak sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa.
7.3 Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila:
a. murid melakukan kesalahan jenayah atau kesalahan berat yang
ditakrifkan oleh pihak Lembaga Disiplin.
b. prestasi akademik murid tidak mencapai tahap memuaskan.
c. pihak sekolah berpuas hati berbuat demikian atas alasan yang
munasabah.
7.4 Buku Akaun Biasiswa akan disimpan oleh pihak sekolah sehingga tamat pengajian pemegang biasiswa berkenaan, kecuali dengan keizinan atas alasan yang munasabah.
7.5 Pemegang biasiswa dari masa kesemasa tertakluk kepada peraturan Bahagian Biasiswa Sekolah dan pihak penganjur biasiswa berkenaan.

Fasal 8
8. KEGIATAN KOKURIKULUM

8.1 Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.
8.2 Semua murid mesti menjadi ahli kepada :
a. Satu Persatuan / Kelab Akademik
b. Satu Persatuan / Kelab Beruniform
c. Satu Persatuan / Kelab Sukan
8.3 Semua murid secara automatik menjadi ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah.
8.4 Guru Penasihat dan AJK kelab / persatuan akan dilantik setahun sekali.
8.5 Guru Penasihat / Pengerusi Kelab / Persatuan dibenarkan untuk menyampaikan sendiri maklumat / laporan kegiatan semasa perhimpunan rasmi / harian atau pun melalui guru yang bertugas.
8.6 Mesyuarat kelab / persatuan sebulan sekali atau selewat-lewatnya sekali setiap satu semester dengan dipengerusikan oleh Guru Penasihatnya untuk membincangkan aktiviti yang telah berlalu serta merancangkan aktiviti seterusnya.
8.7 Setiap kelab / persatuan dikehendaki menyediakan jadual aktivitinya. Jadual ini hendaklah dengan kelulusan Guru Penasihat dan ditampalkan di papan kenyataan, diberi kepada Setiausaha Kokurikulum dan diserahkan untuk fail sekolah.
8.8 Kelab / Persatuan bertanggungjawab meletakkan kadar yuran yang berpatutan bagi ahli-ahlinya. Ahli-ahli hendaklah menjelaskan yuran mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Penyata kewangan hendaklah dilaporkan semasa mesyuarat kelab / persatuan.
8.9 Keahlian kelab / persatuan ditentukan oleh Majlis Kokurikulum Sekolah.

Fasal 9
9. MASJID DAN SOLAT

9.1 Kehadiran solat berjemaah setiap waktu adalah wajib bagi semua murid kecuali murid uzur.
9.2 Semua murid tidak dibenarkan tidur di dalam masjid.
9.3 Semua murid wajib mematuhi peraturan masjid sama ada dari segi ibadat, keselamatan, kebajikan dan setiap aktiviti yang dicadangkan oleh pihak sekolah.
9.4 Semua murid tidak dibenarkan berada di asrama apabila azan dilaungkan.
9.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan masjid kecuali setelah selesai bacaan doa, solat sunat dan selepas pengumuman dibuat.
9.6 Semua murid mesti menggunakan pakaian solat yang sesuai dan bersih.
9.7 Murid lelaki mesti berbaju Melayu dan berkopiah putih / bersongkok hitam ketika solat maghrib dan isyak.
9.8 Murid perempuan berbaju kurung lengkap, bertudung labuh dan bertelekung putih.
9.9 Semua murid lelaki (asrama dan harian) wajib solat jumaat di sekolah dan murid harian hanya dibenarkan balik selepas solat jumaat.

Fasal 10
10. PERGAULAN

10.1 Murid lelaki ditegah duduk bersama murid perempuan pada satu bangku samada di dalam atau di luar kelas.
10.2 Murid lelaki ditegah membuat perbincangan baik mengenai pelajaran atau hal-hal lain dalam keadaan seorang sama seorang dengan murid perempuan walaupun di dalam kelas. Bagaimanapun jika perlu murid boleh mendapat kebenaran khas dari guru.
10.3 Murid lelaki dan perempuan dilarang membuat perhubungan sulit antara satu sama lain samada melalui surat atau sebagainya.
10.4 Murid lelaki dan perempuan dilarang mengadakan kakak angkat atau abang angkat di dalam dan di luar sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran rasmi daripada kedua-dua ibubapa.
10.5 Murid lelaki dilarang menyentuh murid perempuan samada dengan tangan, buku, pembaris dan sebagainya.
10.6 Murid lelaki dan perempuan dilarang mengadakan perhubungan surat menyurat, hubungan telefon atau sebagainya dengan orang luar yang bukan mahramnya. Pihak sekolah dengan kuasa yang diberikan Pengetua tidak teragak-agak untuk membuka mana-mana surat yang dihantar kepada murid sekolah ini tanpa terlebih dahulu memberitahu mereka.
10.7 Murid lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak dibenarkan membonceng motosikal bersama.

Fasal 11
11. TATATERTIB DI LUAR SEKOLAH

11.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran Islam yang dipelajarinya.
11.2 Sentiasa menjaga nama baik sekolah.
11.3 Semua pelajar terikat dengan peraturan sekolah selagi masih berdaftar di sekolah ini.

Fasal 12
12. SURAT PERAKUAN SEKOLAH (TESTIMONIAL)

12.1 Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan Surat Akuan / Sokongan akan dikeluarkan
berdasarkan :
a. murid hendaklah terlebih dahulu memohon dan diperakukan oleh Guru
Kelas, Guru Penasihat Kelab / Persatuan, Warden Asrama dan Bahagian
Hal Ehwal Murid.
b. telah menjelaskan segala bayaran atau telah menggantikan segala
tuntutan sekolah ke atasnya.
c. terletak pada budi bicara Bahagian Hal Ehwal Murid dan Pengetua.
12.2 Ukuran pemberian segala surat ini akan dinilai sepanjang murid berada di sekolah ini hingga hari pengeluaran perakuan tersebut.

Fasal 13
13. BADAN PENGAWAS SEKOLAH

13.1 Badan Pengawas adalah sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah / asrama.
13.2 Badan Pengawas Sekolah terletak di bawah Jawatankuasa Disiplin di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bilangan keanggotaan badan ini tertakluk kepada perlantikan oleh pihak sekolah. Keanggotaan badan ini adalah seperti berikut :
a. Guru Penasihat (dari Ahli Lembaga Disiplin Sekolah)
b. Ketua Murid (seorang lelaki dan seorang perempuan)
c. Penolong Ketua Murid (seorang lelaki dan seorang perempuan)
d. Setiausaha Badan Pengawas
e. Bendahari Badan Pengawas
f. Biro Disiplin dan Asrama
g. Biro Kebersihan dan Keceriaan
h. Biro Kebajikan, Kesihatan dan Makanan
i. Biro Kawalan dan Keselamatan
j. Biro Pembangunan, Latihan, dan Ekonomi
k. Biro 3P (Perancangan, Perlaksanaan, dan Pengemasan) dan Tugas-Tugas
Khas
l. Biro Agama, Dakwah, dan Rohani
(lain-lain jawatan mengikut keperluan)
13.3 Pengawas Sekolah hendaklah berpakaian seragam khas seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
13.4 Antara tugas harian pengawas ialah :
a. Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar.
b. Menaik dan menurunkan bendera.
b. Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah.
c. Menyambut dan memberi khidmat kepada pelawat tidak rasmi.
d. Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi.
e. Menyampaikan surat kiriman kepada murid-murid setelah diluluskan
oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah.
f. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

13.5 Badan Pengawas Sekolah hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat atau sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester sesi persekolahan yang dipengerusikan oleh Ketua Murid dan minitnya dicatatkan oleh Setiausaha Badan Pengawas. Badan Pengawas boleh menjemput Pengetua atau Guru Penolong Kanan (HEM) atau Ketua Warden atau semua sekali termasuk ahli-ahli Lembaga Disiplin Sekolah untuk turut serta di dalam mesyuarat mereka bagi membincangkan sebarang masalah yang timbul.

Fasal 14
14. SURAT MENYURAT

14.1 Semua Surat murid-murid yang dikirimkan dan yang diterima mestilah ada tertulis nama dan alamat pengirimnya.
14.2 Surat-surat masuk biasa akan dikendalikan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. Manakala surat berdaftar / pos laju akan dikendalikan oleh Pejabat Am Sekolah.
14.3 Pihak Lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa membuat pemeriksaan ke atas surat-surat yang disyaki mengandungi perkara-perkara yang tidak baik.
14.4 Surat-surat yang mengandungi unsur-unsur yang tidak sihat akan diambil dan tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas penerimanya.

Fasal 15
15. TANDAS

15.1 Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru.
15.2 Murid-murid mestilah menjaga kebersihan dan keselesaan tandas.
15.3 Murid-murid dilarang membuang sampah, tisu, kertas atau lain-lain buangan ke dalam lubang tandas. Tuala wanita hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
15.4 Segala kerosakan tandas dan paip air hendaklah dilaporkan segera kepada pihak sekolah.
15.5 Murid-murid dilarang berulang-ulik ke tandas semasa sesi P&P sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru berkenaan serta memakai kad keluar kelas.
15.6 Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum, berborak, berehat atau bersembunyi di dalam tandas.

Fasal 16
16. KAWASAN LARANGAN

16.1 Perpustakaan, Bilik Tayangan, Pusat Akses Kendiri, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Kerohanian, Dapur dan Rumah Guru serta Kakitangan sekolah, kecuali dengan kebenaran.
16.2 Pejabat Am Sekolah dan Bilik Guru, kecuali dengan kebenaran.
16.3 Dewan Makan, kecuali waktu makan / minum dan kerja pembersihan.
16.4 Masjid, kecuali untuk beribadat dan aktiviti-aktiviti berkaitan.
16.5 Asrama, semasa persekolahan dan kelas persediaan malam.
16.6 Kantin, semasa waktu P&P dan kelas persediaan malam.
16.7 Kawasan Asrama Perempuan bagi murid lelaki dan kawasan Asrama Lelaki bagi murid perempuan.
16.8 Semua Bilik Stor Barang, kecuali dengan kebenaran.
16.9 Semua Bilik Khas, kecuali dengan kebenaran.
16.10 Pondok Pengawal
16.11 Mana-mana tempat yang dilarang oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Fasal 17
17. PERATURAN KHUSUS

Semua murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus yang telah digubal untuk:
17.1 Perpustakaan
17.2 Bilik Tayangan
17.3 Pusat Akses Kendiri
17.4 Makmal Komputer
17.5 Makmal Sains
17.6 Bengkel Kemahiran Hidup
17.7 Masjid
17.8 Bilik Kerohanian
17.9 Koperasi
17.10 Kantin
17.11 Lembaga Warden Asrama (Lampiran A)
17.12 Lembaga Disiplin Sekolah (Lampiran B)
17.13 Kawad Kecemasan Kebakaran 8/78
17.14 Bahagian Pentadbiran Sekolah
17.15 Peraturan-peraturan khusus lain yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Lampiran 1
JENIS KESALAHAN

1. TATATERTIB JENAYAH
1.1 Menjadi ahli kumpulan haram / gangster
1.2 Membawa senjata bahaya dengan tujuan jahat
1.3 Memukul / menumbuk guru atau Murid lain
1.4 Mengancam guru / kakitangan sekolah
1.5 Mencuri / Berjudi / Bertaruh
1.6 Mengancam Murid lain / Membuli / Memeras Ugut
1.7 Menceroboh kawasan / bilik larangan
1.8 Mengedar / memiliki / menyalah guna dadah / bahan inhalan / bahan
alkohol (arak / minuman keras) / bahan yang memabukkan.
1.9 Mencabul kehormatan
1.10 Mengganggu ketenteraman sekolah

2. KESALAHAN BERAT

2.1 Keluar dari kawasan sekolah / bermalam tanpa kebenaran.
2.2 “Dating”, bercumbu-cumbuan, dalam keadaan mencurigakan.
2.3 Mengedar / menonton / membaca / memiliki bahan lucah.
2.4 Menggunakan perkataan / perbuatan lucah / bahasa kesat.
2.5 Melukis gambar / menulis perkataan lucah.
2.6 Memiliki / mengedar / menghisap rokok.
2.7 Meniru tanda tangan guru / ibu bapa / penjaga.
2.8 Menyimpan / membawa / memakai peralatan / pakaian yang tidak
dibenarkan (seperti alat pemanas air, pakaian jeans / baldu, radio,
“walkman”, rantai, gelang, cincin dan seumpamanya.
2.9 Berambut panjang atau berfesyen yang dilarang (rock, punk, berekor dan
sebagainya)
2.10 Memburuk dan mempersendakan guru, kakitangan, murid lain, dan sekolah.
2.11 Meninggalkan kewajipan agama / mempersendakan agama.
2.12 Engkar arahan guru, kaki tangan, pengawas sekolah.
2.13 Ponteng sekolah, mata Muridan, peperiksaan, ujian, kelas persediaan, perhimpunan, kerja kumpulan / keceriaan, aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti wajib
2.14 Tidak menghormati guru, kakitangan, pengawas sekolah, tetamu.
2.15 Mengintai Murid perempuan dan sebaliknya..
2.16 Menipu melibatkan harta benda dan kepercayaan.
2.17 Membenar / membawa orang luar masuk ke kawasan sekolah / asrama.
2.18 Membuat kenyataan akhbar secara langsung atau tidak langsung.
2.19 Memiliki / bermain daun terup / pakau.
2.20 Melakukan kesalahan kecil tiga kali.
2.21 Kesalahan-kesalahan lain yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

3. KESALAHAN KECIL

3.1 Pergi ke rumah guru atau kaki tangan tanpa kebenaran.
3.2 Lewat masuk kelas, perhimpunan, kelas persdiaan, surau, kerja kumpulan
/ keceriaan dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah.
3.3 Bising, mengganggu ketenteraman di surau / kelas / asrama / dewan dan tempat-tempat lain yang berkenaan.
3.4 Berkuku panjang, bermisai, berjanggut, berjambang, berpakaian tidak senonoh.
3.5 Memakai perhiasan yang dilarang.
3.6 Membeli makanan / makan di kantin semasa kelas berjalan.
3.7 membuang sampah merata-rata.
3.8 Tidak memakai tanda nama (name tag) / memakai tanda nama orang lain / tanda nama tidak sesuai.
3.9 Kesalahan-kesalahan lain yang ditentukan oleh lembaga Disiplin Sekolah / warden Asrama / Guru-guru dari semasa ke semasa.

Lampiran 2
Cadangan Bagi Jenis-jenis Hukuman Kerja

1. Membersihkan longkang dan persekitarannya.
1. Membersihkan tandas.
2. Membersihkan dinding dan lantai.
3. Membaiki kerusi dan meja atau perabot-perabot lain.
4. Mengangkut tanah, pasir, atau bahan-bahan lain.
5. Mengecat.\
6. Mencabut rumput / menebas rumput / pokok.
7. Menghafaz satu atau beberapa surah Al-Qur’an..
8. Menghafaz perkaedahan Nahu / Saraf.
9. Menghafaz perkaedahan khutbah.
10. Menghafaz kaifiat sembahyang jenazah.
11. Menghafaz kaifiat tahlil.
12. Menghafaz perkaedahan Matematik / Sains.
13. Membuat kertas kerja projek.
14. Membuat kerja projek tanaman khas.
15. Mengutip sampah di sekitar sekolah / asrama.
16. Membersihkan dewan besar / dewan makan / kelas khas.
17. Mengelap lampu-lampu dan kipas-kipas.
18. Mengelap cermin-cermin bilik.
19. Membersihkan asrama dan persekitarannya.
20. Menggali lubang sampah.
21. Kerja-kerja lain seperti mana yang ditentukan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah.

Hari Masa Aktiviti

ISNIN - KHAMIS
0500-0530 Persiapan diri untuk ke masjid dan kelas
0530-0550 Solat Subuh Berjemaah
0550-0620 Sarapan pagi
0635 Pelajar Asrama Mengosongkan Asrama
0640-0650 Perhimpunan Pagi di Dataran Terbuka
0650-0700 Pembersihan Kelas
0700-1020 Sesi pengajaran & pembelajaran
1020-1035 Rehat
1035-1420 Sesi pengajaran & pembelajaran
1420-1520 Solat Zuhur Berjemaah & Makan Tengahari
1520-1620 Isnin dan Selasa : Kelas Pemulihan Quran / KKQ / PREP Petang / NILAM
1520-1620 Rabu : Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform)
1520-1620 Khamis : Aktiviti Kokurikulum (Kelab/Permainan)
1620-1630 Solat Asar Berjemaah
1630-1730 Riadah dan Persiapan diri
1730-1815 Makan petang / malam
1815-2030 Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah
2030-2200 PREP Malam
2200-2230 Minum malam
2230 Lampu dipadamkan ( Tidur )

Hari Masa Aktiviti

JUMAAT
0500-0530 Persiapan diri untuk ke masjid dan kelas
0530-0550 Solat Subuh Berjemaah
0550-0620 Sarapan pagi
0635 Pelajar Asrama Mengosongkan Asrama
0640-0650 Perhimpunan Pagi di Dataran Terbuka
0650-0700 Pembersihan Kelas
0700-1020 Sesi pengajaran & pembelajaran
1020-1035 Rehat
1035-1200 Sesi pengajaran & pembelajaran
1200-1330 Solat Jumaat & Usrah Pelajar (Pelajar Puteri)
1330-1410 Makan Tengahari
1410-1620 Rehat / Aktiviti Asrama
1620-1630 Solat Asar Berjemaah
1630-1730 Riadah dan Persiapan diri
1730-1815 Makan petang / malam
1815-2030 Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah
2030-2200 PREP Malam
2200-2230 Minum malam
2230 Lampu dipadamkan ( Tidur )
 

Info Anda

Powered by JoomlaGadgets

Statistik Web

OS : Linux s
PHP : 5.2.12
MySQL : 5.0.67-community
Masa : 22:40
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Ahli : 145
Kandungan : 243
Pautan Web : 6
Hit paparan Kandungan : 76515