| Peraturan Kejohanan Olahraga 2010 |
|
1.1 Tarikh : 7 – 8 April 2010 1.2 Tempat: Stadium Tun Zaidi & Padang Sekolah 1.3 Undang-Undang Pertandingan. Kejohanan olahtaga ini diadakan berdasarkan kepada Peraturan Pertandingan yang terkandung dalam Buku peraturan-peraturan KOAM/IAAF 1998/1999 1.4 Cara pertandingan 1.4.1 Setiap rumah hanya dibenarkan menghantar DUA orang peserta bagi setiap acara individu dan satu pasukan bagi acara berpasukan. 1.4.2 Bagi acara lari berganti-ganti setiap pasukan boleh menyenaraikan 4 orang pelari utama dan 2 orang pelari simpanan. 1.4.3 Seorang peserta hanya boleh mengambil bahagian tidak melebihi 3 acara perseorangan termasuk acara terbuka.
1.5 Pendaftaran Peserta Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dalam borang penyertaan yang disediakan. Segala maklumat peserta hendaklah diisi dengan betul berdasarkan maklumat dalam My Kad. 1.6 Penarikan diri dan gentian 1.6.1 Semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah disahkan semasa Mesyuarat Ketua Rumah Sukan sebelum kejohanan ini dilangsungkan. 1.6.2 Pengganti bagi seseorang peserta yang menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Ketua Rumah Sukan. 1.6.3 Selepas tarikh tutup penyerahan borang penyertaan, senarai atlet adalah muktamad dan sesebuah pasukan tidak boleh mendaftarkan lagi peserta yang lain ke dalam senarai asal. 1.7 Kelayakan bertanding 1.7.1 Semua pelajar SMK Agama Sibu layak menyertai kejohanan ini yang tertakluk kepada had umur peserta pada perkara 1.7.2 1.7.2 Seseorang peserta adalah seperti berikut: Kelas 1 : 18 tahun dan ke bawah (lahir pada tahun 1992 – 1994) Kelas 2 : 15 tahun (lahir pada thun 1995) Kelas 3 : 14 tahun dank e bawah (lahir pada tahun 1996 dan selepas) 1.7.3 Pengurus Rumah hendaklah memastikan tahun lahir setiap peserta adalah betul 1.7.4 Seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi kecuali acara terbuka. 1.8 Cara menentukan kedudukan dalam kejohanan 1.8.1 Mata akan diberikan kepada peserta atau pasukan yang menduduki tempat bagi acara individu atau pasukan seperti berikut:
1.8.2 Jika berlaku perkongsian kedudukan dalam sesuatu acara, maka pemberi mata akan dibuat seperti berikut: i. Dua peserta / pasukan mendapat kedudukan yang sama bagi tempat Ke-2 : Campurkan mata kedudukan Ke-2 dan Ke-3 dan jumlahnya akan dibahagikan kepada dua ( 7 + 6) ÷2 = 6.5 (enam setengah mata seorang / satu pasukan) ii. Walau bagaimanapun tiada peserta / pasukan yang menduduki tempat Ke-3 bagi acara tersebut. 1.9 Bantahan Segala bantahan bagi setiap acara perlu dikemukan dalam masa 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan dengan menggunakan Borang Bantahan dan disertakan dengan bayaran RM20.00. Wang pertaruhantidak akan dikembalikan sekiranya batahan tersebut tidak munasabah. 1.10 Peruntukan nombor peserta
*Nombor baju peserta akan disediakan oleh Rumah Sukan masing-masing. 1.11 Acara-acara yang dipertandingkan dan Ukuran Alatan Sukan yang diguna pakai.
Jadual dan Masa Latihan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||