| Matlamat & Falsafah |
|
Matlamat Sekolah 1. SMK Agama Sibu berhasrat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri bagi melahirkan insan yang kamil. 2. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, beramal dengan ajaran Islam, berakhlak mulia dan mampu menghadapi pelbagai cabaran. Falsafah Sekolah
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal serta budaya Islam dalam suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. |