Jumaat, 03 September 2010

Terjemahan

Cari Maklumat

Foto Anda

Menu Utama

Latar Belakang Pentadbiran Sekolah Unit Maklumat Data Akademik Hal Ehwal Murid Kokurikulum Kejohanan Olahraga semekas FM Aplikasi Online Pautan SMKA-SMKA Pautan SBP & SMK Pautan Kolej-Kolej Pautan SMT-SMT Pautan SK-SK Pautan Lain

SMK Agama Sibu 2010

Piagam Pelanggan

Kami warga SMKA Sibu dengan penuh tekad, iltizam dan jujur berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Menjadikan SMKA Sibu sebagai institusi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya Islam yang mementingkan budaya ilmu dan kecemerlangan bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.
2. Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar sepanjang masa dengan lancar, berkesan dan bermutu.
3. Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
4. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
5. Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia dan terpuji melalui pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni tanpa kecacatan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.
6. Memberikan perkhidmatan dan pendidikan terbaik kepada semua pelajar agar menjadi insan berilmu, soleh, berfikiran matang, berdaya juang, berakhlak mulia, produktif, inovatif dan berketrampilan menjurus ke arah pengisian matlamat wawasan negara.
7. Mendidik pelajar supaya sentiasa mengamalkan ajaran Islam berpandukan iman, ilmu dan amal.
8. Membimbing pelajar ke arah mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum, akhlak dan kepimpinan serta keagamaan.
9. Mempastikan semua urusan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan PPB, JPN dan Kementerian serta ibu bapa dan guru-guru akan disiapkan tanpa cacat dan dihantar sebelum tempoh tarikh akhir tamat.
10. Semua ibu bapa atau penjaga dan tetamu sekolah akan diberikan layanan berbudi bahasa, segera dan mesra.
11. Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, ceria, indah, menarik dan harmoni sesuai dengan slogan Sekolahku Rumahku, Rumahku Syurgaku.

Kami warga SMKA Sibu bersedia dan akan menerima serta menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada kami berkaitan dengan pelaksanaan piagam pelanggan ini.
 

Info Anda

Powered by JoomlaGadgets

Statistik Web

OS : Linux s
PHP : 5.2.12
MySQL : 5.0.67-community
Masa : 23:05
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Ahli : 152
Kandungan : 357
Pautan Web : 6
Hit paparan Kandungan : 136058